Love. Cinta. Sayang.

Love. Cinta. Sayang.

Thursday, 19 May 2011

MUNGKIN NANTI ~ (Part 3) ~

'Buku, beg done! Makanan sikit, air done! Apa lagi ek? Hah! Ipod kesayanganku yang sentiasa menyelamatkan aku daripada kesakitan telinga di dalam kelas Prof. Mansur nanti.' Aku menyumbat headphone ke telinga, dan melangkah ke dewan kuliah 3B 301. Prof. Mansur baru sahaja tiba ketika aku masuk ke dalam kelas tadi. Dia seperti biasa, dengan wajah garangnya sedang bersedia untuk memberikan syarahan percumanya.

Kelas baru sahaja bermula dan seperti biasa Fatin masih lagi tidak kelihatan. Aku kesunyian. 2 minggu tanpa cinta telah kulalui. Dan sepanjang tempoh itu, hidupku diisi dengan tawa riang rakan-rakan. Benar kata orang, hidup sendirian membuat kita lebih disayangi. Hidup sendirian membuatkan kita merasa kehidupan lebih dari orang lain. 'Single'. Aku menconteng perkataan itu di atas buku notaku. Aku mengelamun sendirian sedangkan Prof. Mansur sibuk bersyarah di hadapan. Jadualku kelasku padat semester ini memandangkan aku, Fatin dan Ezza bertekad untuk mengambil kredit extra bagi meringankan beban semester hadapan. Kelasku berlangsung dari pagi hingga ke petang. Sesudah kelas, aku kadang-kadang akan mengambil sedikit masa untuk merehatkan diri. Malam pula jadual aku dipenuhi dengan latihan kebudayaan memandangkan aku merupakan salah seorang pelakon kolejku.  PRASADA, keluargaku di kolej. Kelab teater ini lebih menekankan konsep kekeluargaan. Kami bersatu dalam satu nama yang sama, berdiri dengan maruah yang kukuh dan memegang konsep 'bukan kemenangan yang kita cari, tapi pengalaman yang ditempuhi'. 

"Farriha, awak ada cadangan untuk konsep ni?" Tiba2 suara Prof. Mansur menyentak lamunanku.
"Errrr....Saya rasa....Saya...." Aku gugup. Apa yang harusku jawab sedangkan sedari tadi aku hanya mengelamun tanpa mempedulikan kehadirannya di hadapan. Pomm!! Kedengaran pintu dewan kuliah dihempas dengan kuat, mungkin sengaja atau tidak aku tidak tahu.
"Fatin Atiqah!" Prof. Mansur melaung nama Fatain dengan kuat hinggakan bergema satu dewan kuliah seolah-olah beliau sedang menyanyi opera.
"Errk..? Maaf Prof saya lambat. Saya... Err.. Sakit.... Kaki..Hah, sakit kaki susah nak jalan kaki." Fatin, ada sahaja helahnya.
"Sakit kaki? Semalam sakit perut? Esok sakit apa pulak?Sakit otak?" Prof. MAnsur kelihatan serius.
"Esok belum tahu lagi Prof. Biar Allah yang menentukan. Teruskan Prof, saya duduk dulu ek." Fatin tersengih sambil mengambil tempat di sebelahku. 
"Ada ke patut kau cakap macam tu kat Prof. Kau ni pun." Aku hairan melihat Prof. Mansur tidak lagi marah.
"Ye ah. Kau gila nak dengar dia membebel samapi esok. Akal mesti ada maa.. Hahahaha.."
"Banyak ah kau punya akal." Kami tertawa perlahan dan pura-pura meneruskan fokus di dalam kelas.

Sesudah kelas, aku dan Fatin bergerak untuk mencari makanan di luar kampus. Ezza tidak bersama kami memandangkan dia sudah punya cinta baru, Itik. Kelakar bukan nama itu? Itu cuma nama panggilan sedangkan nama penuhnya cukup cantik dan enak disebut, Shahrul. Aku sendiri tidak punya idea sejak bila cinta mereka berputik. Biarlah, asalkan mereka bahagia. Gerai Nasi Beriyani Anje di seksyen 5 menjadi pilihan kami. Walaupun kadar makan kami tidak mampu menghabiskan nasi beriyani itu, tetapi itulah antara kegemaran kami.

"Wei, apsal mamat tu dok tengok kita je?Sapa yang cun sebenarnya? Aku ke kau?" Fatin kelihatan gelisah memandang sesuatu di belakangku. Aku ingin menoleh tetapi dilarang oleh Fatin.
"Kau dah sudah makan?" Fatin bertanya.
"Dah. Aku tunggu kau je. Kenapa?" Aku menjawab kehairanan.
"Kau pegi basuh tangan dulu. Pastu terus masuk kereta. Kunci pintu, jumpa kat kereta." Arahan jelas diberi.
"Hah? Kenapa?"
"Kau boleh jangan banyak soal tak? Pegi la!"
"Yela-yela." Aku bergegas mencuci tangan dan berlalu ke kereta. Aku mengunci kereta sebaik sahaja tiba di dalam kereta. Aku dapat melihat kelibat Fatin dari jauh.

"Mamat tu psiko semacam je. Dah la, jom balik. Aku nak buat taik mata." Fatin bersuara setelah memasuki kereta.
"Pe cer kau ni? Buat suspen lepas tu cakap dia psiko. Now, nak balik pulak." Aku ketawa.
"Ye ah. Aku ingat peminat aku. Dia pandang tempat kita semacam je. Dah kau basuh tangan aku lalu sebelah dia. Dia tengok lagi tempat kita. Aku ingat dia angau. Rupanya.....dia...." Fatin teragak-agak.
"Dia apa?Diat buat apa kat kau?"Aku cemas.
"Rupanya dia juling.Aku je yang perasan." Mukanya kelihatan hampa namun tidak dapat membuatkan aku kasihan. Tawaku meletus tanpa dipinta.
"Ololo.. Kesiannya. Tu ah, jangan perasan sangat."
"Ya ah aku perasan. Dah,aku nak balik." Dia mengenakan tali pinggan keledar.
"Nak balik ye? Aik? Pakai tali pinggang? X payah aku membebel pulak hari ni?" Aku bergurau.
"Diam ah kau! Gila ah.. Aku malu siot."
Perjalanan pulang ke kampus penuh dengan gelak tawa. Setiba di hostel kulihat teman sebilikku tiada. Seperti biasa, aku menanggalkan tudung dan setia duduk di hadapan komputer riba kesayanganku. 22 notifications. Haish, malas betul nak buka. 3 friends request. Biar jela. Aku terlelap memeluk teddy bear kesayanganku. Sedangkan nun jauh di sana, seseorang bagaikan setia menanti di hadapan komputer peribadi miliknya.

"Takpe. Aku sabar menanti."


2 comments:

  1. dh start bkarya nmpak.. hehe
    adik syg! rindu ktk ehhhhhh...

    ReplyDelete