Love. Cinta. Sayang.

Love. Cinta. Sayang.

Tuesday 31 May 2011

MUNGKIN NANTI ~ (Part 5) ~

"Please Far. Kali ni aje." Syafiq memujukku sedari tadi. Fatin pula hanya duduk di hadapanku seolah-olah menjadi hakim yang berkuasa.
"Fiq. Tak elok la buat macam ni. Kesian dia." Aku simpati menggunung.
"Far, cinta tak boleh dipaksa. Fiq tak bersedia faham tak?"
"Tapi Siti sayangkan Fiq. Fiq jugak yang kata, cari orang yang lebih sayangkan kita dari kita sayang dia."
"Fiq tau. Tapi hati Fiq takde pada dia. Please....?" Syafiq melutut di hadapanku. Aku malu dan melihat sekeliling. Syafiq sanggup berbuat demikian di hadapan dewan kuliah 3F 202.
"Fiq!!! Apa ni? Bangun la."
"Fiq takkan bangun selagi Far tak setuju."
"Fiq! Errr...Yela-yela. Far setuju." Aku serba salah." Tiba-tiba aku terpandangkan Fatin di sebelahku yang sedang seronok memberi signal 'good' pada Syafiq.
"Oooo, ni idea kau la ek?"
"Eh,mana ada. Aku bagi buah fikiran je, Syafiq punya idea."
"Kepala hotak kau! Tak sama ke buah fikiran dengan idea?"
"Mana sama. Tengok ejaan lain. Hahahaha."
"Fatin, kau sayang aku kan?" Aku punya idea lain untuk mengenakannya.
"Eh, sayang..."
"Kau sanggup buat apa je untuk aku?"
"Oh Far..Lautan luas sanggup kuredah, padang pasir sanggup kutempuh. Asalkan ada tarnsport la nak redah semua tu. Hahaha."
"Betul? Kalau aku cakap kau terus cakap setuju ok?"
"Betul..OK!!" Penuh semangat dia menanti.
"Apa kata............"
"Haaaaa.... apa...?"
"Apa kata kau ganti tempat aku tolong Syafiq?"
"Setuju!! Eh! Ganti kau? Kau gila ke apa? Aku....."
"Kau dah setuju! Thanks Fatin. Sayang kau." Aku memeluknya kuat.
"Wei! Aku......"Fatin dan Syafiq masih terkulat-kulat dengan idea aku.
"Jom pergi makan." Aku memintas apa yang hendak Fatin perkatakan.
"Makan? Jom!" Mendengar perkataan makan mampu membuatkan Fatin melupakan segalanya hingga membuatkan bebanku membantu Syafiq keesokan hari menjadi ringan.

* _ * _  *

Aku sudah bersiap seusai menunaikan solat isyak. Fatin pula masih membelek dirinya di hadapan cermin bilik asramaku itu.
"Wei! Aku tak mau ah pakai kebaya ni. Dah macam penyanyi keberet aku tengok."
"Cantik apa? Baru Siti tau kau lagi cantik dari dia. Perempuan Melayu Terakhir."Tawaku meletus.
"Banyak la kau punya perempuan melau terakhir. Ni perempuan keberet tercekik wei. Sendat giler."
"Eh kira ok apa aku bagi kau pakai macam ni. Kot aku suruh kau bikini apa cer?"
"Ha...Aku suka idea tu. Nanti mesti Siti jeles."
"Kau diam! Ni idea aku. Ikut je."
Malam itu Fatin menjadi mangsa permainan aku dan Syafiq. Siti Ariisya. Gadis Kimia yang telah lama memendam rasa pada Syafiq. Dan hari ini gadis itu sekali lagi ditipunya hidup-hidup. Dikatakan bahawa Fatin itu gadis pilihannya. Aku geli hati sendirian di dalam kereta. Fatin dan Syafiq? Umpama langit dengan bumi. Syafiq agak sopan untuk digandingkan dengan Fatin. Bak kata Lina "Aku teringin nak tengok Fatin jadi perempuan." Aku sendirian di dalam kereta. Syafiq memarkir keretaku berhampiran dengan restoren yang telah dijanjikan dengan Siti. Dari sini jelas kelihatan Syafiq memimpin tangan Fatin. Yang lucunya mereka berpimpinan bukan kerana ingin berlakon menjadi romantik tetapi kerana takut. Takut Fatin akan tersungkur buat kali kedua dengan tumit tingginya itu. Aku sekadar menjadi pemerhati dari dalam kereta. Setengah jam berlalu dan mereka berdua masih lagi ber'samarinda' episod 3 di dalam restoren itu. Aku kebosanan lalu keluar dari kereta. Aku mencapai Blackberry kesayanganku. BBM!
'Lina,aten tgh berlakon samarinda. Hahaha. Lol'
'Pergh, aten dpt tawaran ke?'
'Aah. Rosyam Nor ambik buat watak lalu lalang.'
'Yeke? Like seriously? Brapa bayar?'
'Panjang ceritanya. Aku tgk aten dh mcm Saloma patah kaki dah. Hahaha.'
'Hahaha. Siot je. GTG. Nnt story mory. Muah! Sayang korg!'
'Sayang kau jgk.'
Haish. Kebosanan kembali menjelma. 

**
'Di mana ada aku, di situ ada dia.'
Syahril memerhatikan gadis itu sedari tadi. Dia kelihatan sibuk dengan telefon bimbitnya. Syahril melangkah keluar dari kereta. 
'Aku perlu tegur dia ni. Sampai bila aku nak rindu.'
Dengan langkah yang yakin, Syahril melangkah menuju ke arah gadis itu..
**

Aku memerhatikan keadaan sekeliling. Agak sunyi tempat parking yang dipilih oleh Syafiq. Aku mula memikirkan keselamatan aku. Kulihat dari jauh Syafiq dan Fatin menuju ke arah aku. Aku tersenyum dan ingin mencapai beg tangan dan beg laptopku yang kutumpangkan di kereta Syafiq sebentar tadi. 
'Yes! Balik!'

**
'Bismillah..'
Hari ini Syahril bernekad nak menegur si dia. Dan dengan berhati-hati Syahril melangkah dan kini gadis itu berada betul-betul di hadapannya. Tangannya cuba menyentuh bahu gadis itu kerana gadis itu masih lagi tidak perasan akan kehadirannya.
"Assalamualaikum.Saya.." PUK!!!!!
**

Aku memandu dengan sepenuh perasaan hingga aku tiba di jambatan Putrajaya. Aku ketakutan. Apa yang berlaku pada lelaki itu? Matikah dia? Ya Allah, aku tidak sengaja. Telefonku berbunyi. Nama 'Fatin' tertera.
"Far! Semua dah selesai!"
"Thanks Aten. Dia mati tak?"
"Tak. Dosa dia banyak lagi kot. Tak pun kubur tak nak terima."
"Jangan main-main. Jumpa kat hostel. Bye." Telefon dimatikan.

* _ * _ *

Mereka ketawa dengan kuatnya tanpa mempedulikan aku. Aku sakit hati dengan hilai tawa mereka. Ya, mereka mentertawakan aku. Pada malam itu, setelah aku bersemangat mencapai laptop dan beg tanganku ada tangan yang kurasakan cuba menyentap bahuku. Secara automatik dengan tindakan refleks, aku 'merempuh' lelaki itu dengan laptopku yang agak berat itu. Mungkin sudah nasibnya. Rebah dan terhantuk pada palang berhampiran tempat parking kereta itu. Dengan perasaan takut, aku bergegas ke keretaku dan memandu pergi tanpa mempedulikan lelaki itu. Sangkaku dia mati dan aku akan dihadapkan ke mahkamah. Nasibku baik kerana dia cuma pengsan. Rupa-rupanya Syafiq dan Fatin menjadi saksi kejadian itu dan menabur budi percuma menghantarnya ke hospital. Dan dia kini dirawat di hospital sejak semalam.
"Lawak gila siot. Kau ingat dia nak rogol kau ke?"Lina tercungap ketawa.
"Mana aku tau. Aku tengah takut time tu."
"Far! Aku sumpah cuak tengok mamat tu. Selamat dia tak lapor polis." Fatin menyambung.
"Aku pun rasa kau nasib baik Far. Kalau tak, tidur lokap la kau." Syafiq turut menyampuk.
"Eh, dia tak jadi buat laporan mungkin sebab time dia terjaga tu dia tengok aku. Yela, aku nampak cun macam bidadari kayangan. Pakai kebaya, sopan." Fatin melawak.
"Perasan! Kau tau dia cakap apa bila kau keluar aten?" Syafiq menduga.
"Apa? Dia tanya nama aku kan? Aku tau.."
"Salah. Dia tanya tadi perempuan tu ada show keberet ke? Hahaha." Mereka tertawa. Tertawa dan tertawa.
"Dah la! Aku tak sengaja!" Aku meninggikan sedikit suaraku. Mereka seakan tidak mempedulikanku.
"Ok,ok. We are finish. Tapi kan......." Fatin mendekatkan wajahnya ke telingaku.
"Tapi apa pulak???" Aku berang.
"Dia nak jumpa kau. Kalau tak, dia report polis." Aku cuak bercampur gelisah.
"Mampos." Kami berempat serentak bersuara.

* _ * _ * _ *
End of part 5
@ copyright reserved

Monday 23 May 2011

MUNGKIN NANTI ~ (Part 4) ~

Syahril resah hari ini. Semua apa yang dikerjanya tidak menjadi.
"Ya Allah, aku rindu dia. Apa yang harus aku buat?"Syahril mengeluh.
Dia merindui seorang gadis yang dekat di hati namun tidak pernah dikenalinya. Sering sahaja gadis itu kelihatan di 'favourite movie spot' nya, Alamanda. PErnah sekali dia terserempak dengan si dia berhampiran tasek di Putrajaya tetapi berteman. Bertemankan seorang lelaki yang agak mesra dengan gadis itu namun hati Syahril berat mengatakan bahawa mereka tidak bercinta. Gadis itu sering kelihatan berduka. Namun di sebalik wajah duka itu, ada sirna dalam matanya.

Aku ingin tahu apa dukanya dia,
Aku ingin tahu apa sirna matanya,
Dan,
Aku ingin tahu siapa pemilik hatinya.

Luahan di dalam diari sewaktu kali pertama bertentang mata dengan gadis tersebut membuatkan dia sentiasa mengulang bait itu di dalam diarinya. Dia masih ingat kata-kata gadis itu kepada temannya sewaktu mereka sama-sama beratur untuk membeli tiket wayang. Kebetulan waktu itu, Syahril berada betul-betul di belakang mereka.

"Kau x pernah terfikir nak cari pengganti Far?"
"Mungkin tak dalam masa terdekat ni."
"Sebab?"
"Sebab...Aku inginkan cinta sesuci Fahri dan Aisya, setulus Kasyah dan Ayu."
"Hah? Siapa tu?"
"Lupakan."
Hanya itu maklumat yang Syahril ada. Nama gadis itu Far. Farina? Farisya? DIa buntu mencari jawapan. Beberapa minggu selepas kejadian tiu, dia berjaya menjejaki gadis itu melalui Facebook. Secara kebetulan dia punya teman yang berniaga secara online dan gadis itu merupakan salah seorang rakannya. Farriha Qistina. Nama yang indah dan simple. 

* - * - * - *

Seharian di perpustakaan membuatkan seluruh tubuhku lenguh. Tugasan ini perlu disiapkan hari ini juga memandangkan esok kami harus membentangkannya di hadapan pensyarah. Farriha merenung keluar bilik perbincangan A perpustakaan Tun Sri Lanang. Tidak ramai yang kelihatan. Ada yang sedang belajar, berbual sesama sendiri dan ada juga yang tidur. Tidur? Ya, tidur seperti gadis lincah di sebelahnya ini. Hanya tinggal aku dan Fatin di sini. Ezza dan Nizam sudah terlebih awal pulang memandangkan bahagian mreka sudah selesai. Fatin nyenyak tidur tanpa mempedulikan sesiapa. Agak-agaknya, kalau letak bom sekalipun dia tidak akan terjaga.  

Facebook. Perkara itu terlintas di fikiranku. Aku membuka laptop di hadapanku. Ada sesuatu yang menarik hatiku namun tidak sempat kujengah oleh kesibukan kehidupan di kampus. Aku ingin mencari tudung untuk disesuaikan dengan dress yang ibu belikan khas untuk kupakai di Malam Anugerah Pelajar kolejku. 
'Eh, hari ini 2 April..lagi 3 hari, hari jadi ayah.' Aku terpandangkan tiada peringatan untuk hari jadi rakanku di sebelah kanan dan di bawahnya terpampang 58 friend requests. Ya, aku tidak punya waktu untuk meneliti satu persatu. Ya Allah, baru aku sedar ada di antara mereka rakan sekelasku. Semester baru sahaja bermula dan aku punya ramai teman baru dari pelbagai latar belakang. Mereka mengambil kursus yang berlainan tetapi diwajibkan mengambil satu kursus universiti bersamaku. Aku menekan butang 'confirm' kepada hampir semua mereka tetapi tidak pada yang satu. Nama yang tidak dikenali.


"Syahril Hakimi" Namaitu bermain di mindaku.
"Wei! Dah pukul 6.30! Aku nak balik!!" Fatin bersuara dengan tiba-tiba.
"Jom!" Aku membuntuti Fatin ke kereta.


*xde ideaa...*



Thursday 19 May 2011

MUNGKIN NANTI ~ (Part 3) ~

'Buku, beg done! Makanan sikit, air done! Apa lagi ek? Hah! Ipod kesayanganku yang sentiasa menyelamatkan aku daripada kesakitan telinga di dalam kelas Prof. Mansur nanti.' Aku menyumbat headphone ke telinga, dan melangkah ke dewan kuliah 3B 301. Prof. Mansur baru sahaja tiba ketika aku masuk ke dalam kelas tadi. Dia seperti biasa, dengan wajah garangnya sedang bersedia untuk memberikan syarahan percumanya.

Kelas baru sahaja bermula dan seperti biasa Fatin masih lagi tidak kelihatan. Aku kesunyian. 2 minggu tanpa cinta telah kulalui. Dan sepanjang tempoh itu, hidupku diisi dengan tawa riang rakan-rakan. Benar kata orang, hidup sendirian membuat kita lebih disayangi. Hidup sendirian membuatkan kita merasa kehidupan lebih dari orang lain. 'Single'. Aku menconteng perkataan itu di atas buku notaku. Aku mengelamun sendirian sedangkan Prof. Mansur sibuk bersyarah di hadapan. Jadualku kelasku padat semester ini memandangkan aku, Fatin dan Ezza bertekad untuk mengambil kredit extra bagi meringankan beban semester hadapan. Kelasku berlangsung dari pagi hingga ke petang. Sesudah kelas, aku kadang-kadang akan mengambil sedikit masa untuk merehatkan diri. Malam pula jadual aku dipenuhi dengan latihan kebudayaan memandangkan aku merupakan salah seorang pelakon kolejku.  PRASADA, keluargaku di kolej. Kelab teater ini lebih menekankan konsep kekeluargaan. Kami bersatu dalam satu nama yang sama, berdiri dengan maruah yang kukuh dan memegang konsep 'bukan kemenangan yang kita cari, tapi pengalaman yang ditempuhi'. 

"Farriha, awak ada cadangan untuk konsep ni?" Tiba2 suara Prof. Mansur menyentak lamunanku.
"Errrr....Saya rasa....Saya...." Aku gugup. Apa yang harusku jawab sedangkan sedari tadi aku hanya mengelamun tanpa mempedulikan kehadirannya di hadapan. Pomm!! Kedengaran pintu dewan kuliah dihempas dengan kuat, mungkin sengaja atau tidak aku tidak tahu.
"Fatin Atiqah!" Prof. Mansur melaung nama Fatain dengan kuat hinggakan bergema satu dewan kuliah seolah-olah beliau sedang menyanyi opera.
"Errk..? Maaf Prof saya lambat. Saya... Err.. Sakit.... Kaki..Hah, sakit kaki susah nak jalan kaki." Fatin, ada sahaja helahnya.
"Sakit kaki? Semalam sakit perut? Esok sakit apa pulak?Sakit otak?" Prof. MAnsur kelihatan serius.
"Esok belum tahu lagi Prof. Biar Allah yang menentukan. Teruskan Prof, saya duduk dulu ek." Fatin tersengih sambil mengambil tempat di sebelahku. 
"Ada ke patut kau cakap macam tu kat Prof. Kau ni pun." Aku hairan melihat Prof. Mansur tidak lagi marah.
"Ye ah. Kau gila nak dengar dia membebel samapi esok. Akal mesti ada maa.. Hahahaha.."
"Banyak ah kau punya akal." Kami tertawa perlahan dan pura-pura meneruskan fokus di dalam kelas.

Sesudah kelas, aku dan Fatin bergerak untuk mencari makanan di luar kampus. Ezza tidak bersama kami memandangkan dia sudah punya cinta baru, Itik. Kelakar bukan nama itu? Itu cuma nama panggilan sedangkan nama penuhnya cukup cantik dan enak disebut, Shahrul. Aku sendiri tidak punya idea sejak bila cinta mereka berputik. Biarlah, asalkan mereka bahagia. Gerai Nasi Beriyani Anje di seksyen 5 menjadi pilihan kami. Walaupun kadar makan kami tidak mampu menghabiskan nasi beriyani itu, tetapi itulah antara kegemaran kami.

"Wei, apsal mamat tu dok tengok kita je?Sapa yang cun sebenarnya? Aku ke kau?" Fatin kelihatan gelisah memandang sesuatu di belakangku. Aku ingin menoleh tetapi dilarang oleh Fatin.
"Kau dah sudah makan?" Fatin bertanya.
"Dah. Aku tunggu kau je. Kenapa?" Aku menjawab kehairanan.
"Kau pegi basuh tangan dulu. Pastu terus masuk kereta. Kunci pintu, jumpa kat kereta." Arahan jelas diberi.
"Hah? Kenapa?"
"Kau boleh jangan banyak soal tak? Pegi la!"
"Yela-yela." Aku bergegas mencuci tangan dan berlalu ke kereta. Aku mengunci kereta sebaik sahaja tiba di dalam kereta. Aku dapat melihat kelibat Fatin dari jauh.

"Mamat tu psiko semacam je. Dah la, jom balik. Aku nak buat taik mata." Fatin bersuara setelah memasuki kereta.
"Pe cer kau ni? Buat suspen lepas tu cakap dia psiko. Now, nak balik pulak." Aku ketawa.
"Ye ah. Aku ingat peminat aku. Dia pandang tempat kita semacam je. Dah kau basuh tangan aku lalu sebelah dia. Dia tengok lagi tempat kita. Aku ingat dia angau. Rupanya.....dia...." Fatin teragak-agak.
"Dia apa?Diat buat apa kat kau?"Aku cemas.
"Rupanya dia juling.Aku je yang perasan." Mukanya kelihatan hampa namun tidak dapat membuatkan aku kasihan. Tawaku meletus tanpa dipinta.
"Ololo.. Kesiannya. Tu ah, jangan perasan sangat."
"Ya ah aku perasan. Dah,aku nak balik." Dia mengenakan tali pinggan keledar.
"Nak balik ye? Aik? Pakai tali pinggang? X payah aku membebel pulak hari ni?" Aku bergurau.
"Diam ah kau! Gila ah.. Aku malu siot."
Perjalanan pulang ke kampus penuh dengan gelak tawa. Setiba di hostel kulihat teman sebilikku tiada. Seperti biasa, aku menanggalkan tudung dan setia duduk di hadapan komputer riba kesayanganku. 22 notifications. Haish, malas betul nak buka. 3 friends request. Biar jela. Aku terlelap memeluk teddy bear kesayanganku. Sedangkan nun jauh di sana, seseorang bagaikan setia menanti di hadapan komputer peribadi miliknya.

"Takpe. Aku sabar menanti."


Wednesday 18 May 2011

MUNGKIN NANTI ~ (Part 2) ~

"Ber 'single' lebih baik!!!" Dengan konfidennya Fatin melontarkan idea tidak bernasnya.
"Kepala hotak kau!! Orang serius kau main-main." Lina menepuk Fatin dengan kuat di belakang.
"Aku ajak korang lepak bukan nak tengok korang bergaduh." aku menyisip air di dalam gelas.
"Wei, Far! Kau rasa si Aqif tu tak kan cari kau dah ke?" Fatin sentiasa dengan soalan tidak relevannya, seperti biasa.
"A'ah la wei. Semalam dia call aku tau x. Dia suruh aku pujuk kau."
"Hah? Dia nak apa call kau? Lina, kalau dia call lagi jangan layan faham?" Aku bertegas.
"Kesian ah wei kalau tak layan. Dia sayang kau kot." Lina terserlah dengan sifat penyayangnya yang kadang-kadang tidak kena dengan tempat.
"Wak lu??? Dia main kayu tiga, empat, lima kot. Banyak kesian la?" Fatin bengang.
"Aku dah tawar hati." Aku mengeluh.
"Hah! Apa kata kita order makanan sekarang. Cari yang manis-manis sikit bagi hati kau tak tawar." Fatin dengan gembiranya cuba menjangkau buku menu di hadapan Lina.
"Wei! Aku tak tau la kenapa monyet sekor ni. Nak makan je kerjanya." Lina menetuk tangan Fatin dengan Blackberry kepunyaannya sebelum sempat menu diambil.
"Adoi! Aku lapar pun salah! Sentap ah macam ni!" Fatin pura-pura merajuk.
"Hah! Sentap ah! Elok la tu ikut perangai Far!" Lina menyindirku.
"Eh! Aku pulak! Aku takde kena mengena dengan perang korang ni ok!" Aku mengelak.
"Tengok! Sentap lagi!" Akhirnya kami bertiga ketawa sendirian.
Setelah puas ber 'perang' sesama sendiri, kami memesan makanan. Seperti biasa Fatin dan Lina akan memilih Kid's Meal kegemaran mereka walaupun umur mereka boleh dikategorikan 'tua bangka' manakala aku setia dengan Chicken Cordon Bleu kegemaranku. Inilah tempat lepak kami, Secret Recipe. Tidak kira di mana jua, bila-bila masa. Itulah slogan kami memandangkan Secret Recipe punya banyak cawangan di Malaysia.


"Far. Kau x nak cari lain??" Fatin mengusik dengan kening 'double jerk' nya itu.
"Kau ingat cari couple ni macam pilih baju, Aten?" Lina sempat berceramah sambil menikmati makanan.
"Eh! Tak ah! Aku cari couple macam cari handbeg. Hahahaha" Buk! Satu pukulan terkan tepat di belakang Fatin.
"Wei, apa ni? Sakit ah!" 
"Dah-dah! Kang dua-dua aku cepuk kang! Makan!" Aku sengaja pura-pura serius.
"Baik mak!!" Jawapan serentak mereka sudah kuduga. Aku kalah dan ketawa. Begitu juga mereka. Telatah Fatin menggelikan aku. 
""Yela tu macam tukar handbeg, selamat cantik. Kalau muka spesis makcik cleaner kolej pe cer? Hahahaha."


Fatin Atiqah dan Nurhaslina. Mereka nyawa aku. Kami bertiga cukup berlainan. Namun kami punya kepala yang sama. Bak kata Fatin: 'ada tanduk, tapi baik'. Fatin cantik persis Arab tetapi lincah. Di UKM, dialah antara manusia yang tidak betah di kolej. Dalam kelas pula, dialah antara pelajar yang paling 'awal' datang dan 'mengikut etika pemakaian kuliah'. Selalunya, ramai yang 'kagum' dengan uniform kuliahnya. Seluar tidur petak-petak Reject Shop dengan T-Shirt yang suka hati dicapai. Lina pula pencinta nail colour. Setiap bulan ada je nail colour yang dibelinya. Lina juga manis, ala model, fotogenik dengan setiap gambarnya. Sedikit lucah dibandingkan dengan Fatin. Yang seorang ni pula anak mama. Walaupun kami terpisah setelah menjalani Asasi TESL di UiTM, namun aku yakin perangainya masih sama. Cepat moody. Tatkala penyakit moody itu menyerang, dia akan keluar dari kelas dan balik tanpa pengetahuan sesiapa. Apa yang menarik tentang Lina, ketawanya meriah hingga mampu menitiskan air matanya sendiri namun tiada bunyi kedengaran. 


"We! Jom pegi vacation?" Fatin bersuara secara tiba-tiba.
"Hah?" Aku dan Lina terkejut dengan cadangn itu dan berpandangan sesama sendiri.
"Kita pergi errrr.. Hah! Langkawi!!"
"Langkawi je????"


* - * - * - *
End of part 2
@copyright reserved

MUNGKIN NANTI ~ (Part 1) ~

Suasana sunyi antara kami. Aku hanya terdiam di sudut tasik yang tenang itu sementara Syafiq memerhatikan aku dari jauh. Walaupun sudah agak lewat dan bahaya untuk berada di sini, tetapi aku tidak peduli. Hatiku lenih penting. Terluka. Sakit oleh lelaki yang aku cintai. Sungguh, dia pernah membawa seribu kebahagiaan dalam hidup aku namun sikapnya membuat aku tidak betah untuk bertahan lagi. 

Perkenalan kami bermula di bangku sekolah. Aku sendiri tidak tahu bagaimana aku jatuh cinta. Benar kata orang, cinta itu buta. Tetapi aku tidak buat memilihnya, dia sempurna. Penyayang, caring dan memanjakan aku. Namun di sebalik semua kebaikan itu, mataku kalah dengan sedikit keburukannya. Panas baran dan kuat mengongkong. Aku tidak perlukan kebebasan 100%. Apa yang aku perlu hanyalah kepercayaan. Aku mempercayainya sepenuh jiwaku dan kerana terlalu percayakannya aku tertipu. Tertipu dengan helahnya. Dalam diam dia memiliki yang lain. Dalam dia, cintaku diduakan. Tiada maaf bagiya dari aku. Aku pergi tanpa khabar, senyap sunyi. Biarkan dia bahagia, gembira.

"Dah puas mengelamun?" Syafiq menerjah lamunanku.
Ah Syafiq, kau sentiasa ada untuk aku. Kau sama seperti Fatin dan Lina. Berdiri di sisiku saat aku memerluka n kalian. Aku sayang kalian. Sungguh, kalian antara hartaku yang paling berharga.
"Far rasa tenang Fiq.. Far nak lupakan dia.." Aku mengeluh.
"Cik Farriha Qistina oi.. Remember! He didn't deserved u." Aku nampak Syafiq masih bengang.
"Far nak balik boleh?" Aku menduga.
"Jom?" Syafiq menghulurkan tangan dan kusambut.

Aku untung punya dia dalam hidupku. Walaupun ramai yang menyangka kami bercinta. namun semua apa yang mereka ucapkan salah. Persahabatan ini tidak akan aku hancurkan dengan ikatan cinta. Ya, aku sayangkan lelaki itu. Syafiq Qaidir, nama yang membuatkan aku sentiasa tersenyum. Best Friend Forever. Hidup aku indah dengan adanya dia, Fatin dan Lina. Mereka sentiasa cuba untuk menggembirakan aku. Masakan aku mampu hidup tanpa kalian. 

"Far, Fiq lapar. Kita singgah mamak jap ek?" Matanya begitu mengharap.
"Yela, tp Fiq makan sorang. Far diet ok." Dia ketawa mendengar perkataan 'diet' itu.
"Shut up with your evil laugh, Fiq!"
Usahaku sia2 saja. Dia masih lagi ketawa hingga kami sampai ke kereta Saga SE milikku.
Ketawalah Fiq, aku bahagia melihat kau ketawa.

* - * - * - *
End of part 1
@copyright reserved

Memilih Antara Dua

Selalunya wanita @ lelaki sukar membuat keputusan apabila terpaksa memilih antara dua..
Namun, setiap keputusan yang diambil mestilah bermula dgn keinginan untuk memiliki..
Dan keinginan untuk memiliki mestilah diganding bersama deria..
Deria yang mampu membuatkan anda memilih..

1. MATA
  • mata kita sentiasa ter'fokus'kat dia (makan ke korek hidung ke bersin ke)
  • apa yg kita lihat pd dia menyedapkan pandangan dan menyejukkan hati
  • bila dia ketawa,senyum atau menangis kita terleka melihatnya
  • bg kita dia adalah ciptaan terindah walaupun bersusun gadis seksi yg lain
  • dr jauh pon dah dup dap dup dap tgk dia (sah x leh hidup tanpa dia)

2. HIDUNG
  • kita suka bau dia bila dia dkt dgn kita (x kesah la busuk ke wangi ke)
  • kalau dia jauh dr kita, tiba2 je kita terbau bau dia padahal dia xde (obviously angau)
  • rasa cam nak lekatkan hidung dkt dia 24 jam (hahaha)

3. SENTUHAN
  • berdebar bila tersentuh atau sengaja menyentuh dia
  • sentuhan dia hangat walaupun si dia tgh sejuk
  • setiap kali dia sentuh kita, kita akan rasa bahagia dan sampai mlm teringat sentuhan tu
  • sentuhan dia 'terasa' dlm hati dan kita sentiasa nak sentuh dia terutamanya TANGAN DIA
  • kita akan bg dia hadiah yg berkaitan dgn tangan contoh cincin sbb kita nak dia sentiasa rasa kita sentuh dia

4. FIKIRAN
  • dok nk pk pasal dia je (dia dah mkn ke sihat ke)
  • dok ingat dia je 24 jam (time mandi tgh shampoo ingat dia, tgh suap nasi ingat dia)
  • bila contact dia ke sms ke apa ke dok nk senyum je dok terfikir reaksi muka dia..
  • bila dia buat emoticon ke smiley ke dah dpt imagine mcm mana muka dia sbb dlm hati muka dia dah ditempek

5. HATI
  • tnya pd hati
  • rindu x?
  • syg x? ~~> lebih detail: suka? syg? atau cinta? (berbeza tau)
  • bygkan masa depan dgn dia, dpt x dia jd isteri/suami yg baik, ibu/ayah yg baik, temankan tidur, jaga hati
  • last sekali yg plg berkesan, tgk gmbr dia then tutup gmbr dia, bygkan dia senyum
  • klu dpt gambaran yg sama dia senyum masa tgk n tutup gmbr dia maksudnya dia lah jodoh kita 


    *Ni cuma membantu..kita cuma berikhtiar.. Ajal, maut, jodoh, pertemuan di tangan Allah*
    ________________________________________________________________________________

    " Memilih bukan bermksud kita melukai tapi memilih untuk memiliki secara hakiki "
     With LOVE: Zety Z.

Rindu

Kadang rindu tu macam Chipsmore..
Kejap ada kejap xde..
Aku pun pelik kenapa kita rindu kekasih..
Tapi jarang rindu ibu dan ayah..

Dan baru2 ni aku dapat jawapannya..
Kita membesar dgn ibu dan ayah selama umur kita..
Kita dah terbiasa dgn kasih syg mereka..
Bila berjauhan sedaya upaya kita cuba lupakan kasih syg mereka..
Sbb kita x nak sedih jauh2 dgn mereka..
Jadi lama2 kita dah terbiasa jauh dr mereka..
Tapi aku?
Aku tetap rindukan mereka..
Selalu..

Rindu..
Kenapa bila rindu kita nangis?
Sbb rindu x dpt nak luah..
Rindu ni subjektif sgt..
Bila kita nampak org yg kita rindu tu mst kita akan peluk (kalau muhrim la) kan?
Pastu kita nangis?
Ada ke kita tgk org kita rindu rasa nak berak? 
Xde kan..

Rindu..
Bila kita rindu kita tgk gambar dia..
Kdg2 bergayut x hengat dunia..
Kenapa?
Sebab kita rasa dia dekat dgn kita..
Gambar dia buat kita rasa dia tgh tgk kita..
Suara dia buat kita rasa dia ada dgn kita..

Jadi..
X salah kita merindu..
Rindu pada sesiapa jela..
Ikut suka hati kita..
Yg penting kita x kacau orang..

*merindu x semestinya mencintai*

Sunday 8 May 2011

Aku Bukan Untukmu

Mengenalimu satu keindahan..
Saat bersamamu satu kenikmatan..
Namun itu semua dulu..
Sewaktu sayang itu belum terbit keluar mencari kasih..

Kita terpisah atas kemanisan indahnya cinta..
Kau dan aku tiada lagi berdua..
Kau dan aku punya sempadan meratap jiwa...
Namun hanya hati mampu berkata..

Memorimu memenuhi ruang memoriku..
Kasihmu memenuhi serata kasihku..
Aku punya kamu..
Dan kamu punya aku..
Walau hati x mungkin bersatu..

Cukup sekadar kenangan..
Cukup sekadar sandaran..
Kau bukan lagi milikku..
Dan...
Aku bukan untukmu..



Tuesday 3 May 2011

I can feel your pain..

Dulu..
Dia merupakan sepupu yg plg rapat dgn aku..
Kami pergi sekolah bersama..
Walaupun jarak umurku dgn dia 4 tahun..
I left the school when she was form 2..

Aku lalui hidup sbg mahasiswi tanpa mengetahui dia menderita sakit..
Dan semalam..
Saat tiba di kampung halaman..
Aku berpeluang menjenguknya..

Seyuman dan lirikan matamu masih sama sayang..
Namun ada kesakitan yang kau pendam..
She can't even walk right now..
Semuanya perlukan bantuan..
Lepas pembedahan, dia lumpuh separuh badan..

She was active during her school time..
She was brilliant too..
Dalam menempuh kesakitan, dia menduduki PMR..
Dan berjaya mendapat 6A 2B..

Sayang..
Kakak rindu panggilan "kak tati"..
Call me when u need me..
Be strong..
Kita berusaha untuk sembuhkan sayang ok..
Bertawakal byk2..
Allah sayang setiap hambaNYA..

And I will always be by your side for this following months..
Ingat..
Nasuha anak yg baik..
Kami semua sayang Suha...