Love. Cinta. Sayang.

Love. Cinta. Sayang.

Sunday 26 June 2011

MUNGKIN NANTI ~ (Part 6) ~

Kelas muzikku baru sahaja selesai. Setelah Dr. Johari meninggalkan bilik muzik, aku dan Wan bergegas ke studio untuk memulakan tugasan. Aku agak sibuk sepanjang 3 minggu ni. Aku akan terlibat dengan pementasan teater ICAF (Intercollege Art Festival) UKM 2011 dua minggu lagi. Sebagai pemegang watak utama, seluruh keringat kucurahkan untuk memenuhi kriteria yang ingin ditonjolkan. Aku bakal memegang watak seorang gadis yang berpewatakan pelik dan kelam-kabut. Dan waak itu sedikit sebanyak meberi kesan ke atas hidup aku. Aku sentiasa 'in character' setiap kali aku mengalami tekanan perasaan akibat kerja yang bertimbun. Tugasan-tugasan kuliah perlu disiapkan, tugasan kokurikulum muzik perlu digubah dan dicipta semula, ditambah pula dengan latihan teater yang kadang-kadang berakhir jam 4 pagi itu. Aku tidak punya waktu untuk keluar berpeleseran. Apatah lagi untuk memenuhi janjiku pada lelaki itu. Ya, sudah hampir seminggu kejadian itu berlaku dan aku masih belum punya kesempatan untuk menemuinya. Dan selama itulah otakku ligat berfikir mencari jalan supaya kami tidak berjumpa. Semalam aku keluar bersama Fatin dan Syafiq. Alamanda merupakan tempat pilihan kami memandangkan jaraknya dengan UKM tidak jauh. Panggung wayang menjadi sasaran di saat tekanan melanda. 2 movie marathon sudah cukup membuatkan aku gembira. Namun sesuatu mengganggu aku sejak semalam.


* _ * _ * _ *

"Far, aku nak g toilet jap.." Fatin melaungku dari jauh.
Aku tidak dapat menangkap ke mana perginya Syafiq. Lalu aku berlalu ke MPH. Niatku hanya satu. Mencari hadiah yang sesuai untuk hari jadi Yanie, Wan dan Syikin yang bakal tiba. Aku bergerak ke arah rak cenderamata. Dan di situ aku leka. Yanie seorang yang periang dan manja. Wan pula kawan yang sentiasa memberi sokongan walaupun kadang-kadang agak blurr. Syikin pula, roomate yang memahami. Walaupun berbeza umur setahun dariku namun kami masih boleh berkongsi kisah dan 'menganyam ketupat' bersama. aku tersenyum sendirian. Kehadiran mereka menceriakan hidup aku. Telatah mereka membuatkan aku bahagia. Aku meneliti hadiah satu persatu. Aku tertarik dengan sebuah buku nota yang memaparkan kata-kata semangat di kulit muka hadapannya.


"Untuk lelaki beli la yg hitam putih tu, yang perempuan try that purple." Ya tak ya, hatiku berkata. Sekejap!
"Excuse me? Whom am I talking to?" Mataku liar mencari kelibat tuan punya suara.
"Me. Hey! In front!" Aku terpana sekejap. Di hadapanku ada mata di antara buku yang tersusun di atas rak yang sama paras tinggiku. Aku benci orang yang mengganggu ketenangan aku.
"Suka hati saya lah nak pilih warna apa. Sebok je." Aku protes lalu bergerak sedikit ke arah rak bersebelahan. Namun, mata itu masih mengekori aku.
"Saya tolong pilih je. Mana la tau awak buta warna ke, tak pandai baca ke.."
"Amboi, sedap mulut awak punya lip balm cakap macam tu.. Awak ingat saya ni apa?"
"Eh, mana awak tahu saya pakai lip balm? Sekarang ni kan panas, so kering la..saya...."
"Gay! Pakai lip balm!"
"Amboi,sedap mulut awak punya lip balm cakap saya gay??" Mata itu mencerlang ke arahku.
"Eh apa ni? Ambik ayat orang!!"
"Sebab ayat orang la saya ambik, kalau ayat monyet saya tak faham. Awak faham??"
"Awak ni melampau. Jangan buat saya marah!!"
"Awak marah ek?"
"Marah la!Tak kan awak tak tahu..Come on la.." Aku bosan melayan kerenah mata itu. Aku bergerak lagi semakin menghampiri penghujung rak itu.
"Come on? Nak pergi mana?"
"Awak ni kan!!!!" Aku sampai ke penghujung dan melayangkan jari telunjukku. Namun tiada siapa di situ. Namun, jelas aku dapat mendengar suara orang ketawa dengan riang dan menyakitkan pendengaranku. Namun tawa itu jauh dari aku. Kemana mata itu menghilang? Aku gelisah. Lantas aku seram memikirkannya. Kucapai buku nota kecik yang ingin ku beli sebentar tadi dan berlalu untuk memilih pembalut hadiah yang sesuai. Selesai urusanku di dalam MPH, aku bergerak keluar.

*I lost it..The view of my idea..*