Love. Cinta. Sayang.

Love. Cinta. Sayang.

Sunday 7 August 2011

NIKAH AWAL

Dah byk aku dengar kes ni. Bernikah dan menjadi seorang isteri/suami dlm usia yg muda bukan penghalang kita mengejar kerjaya dan pelajaran. Aku bukannya gatal or what, aku cuma nak menjalani sebuah perhubungan yg HALAL. Sekiranya aku bertemu jodoh dlm masa terdekat ini, mungkin aku menginginkan sebuah perhubungan yg serius. Jika si dia tidak mengimpikan perkahwinan, maka pertunangan sudah memadai bagi aku. Aku ingin keluar dengan lelaki yg BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS AKU. Bukan lelaki yg sekadar ingin mencuba nasibnya ke atasku. Aku ingin seorang lelaki bergelar SUAMI. Yang mampu memimpinku ke jalan yg benar, yg berada bersamaku di saat senang atau susah dan yg menemani tidurku di malam hari beralaskan lengan dan berbantalkan dadanya. Mungkin belum tiba seruku untuk melalui perkahwinan, tapi aku tahu. Di luar sana, ada seorang lelaki untuk aku. Seorang lelaki yg kehilangan rusuk kirinya tanpa sedar. Seorang lelaki yg akan diijabkabul dan mencium dahiku bila tiba masanya. Dan seorang lelaki yg aku kusalami dan kupeluk setiap hari tanpa batas dan waktu. Dia ADA. InsyaALLAH. 

No comments:

Post a Comment