Love. Cinta. Sayang.

Love. Cinta. Sayang.

Monday, 20 February 2012

UMUR, ISLAM DAN HIDUP AKU

Selama ni aku terdidik di dalam keluarga yg hampir sempurna didikan agamanya.. Namun keterpaksaan  membuatkan aku memberontak.. Ibu bukan lah seorang yg memaksa ke arah kebaikan, ayah pula lebih suka anak nya belajar dr kesilapan.. SI DIA?  Mengasuh dan mendidik dgn baik, namun seperti yg aku katakan, aku terpaksa.. Menjadi hipokrit juga bukan pinta ku..Semua ni hanya kenangan..Di depan SI DIA aku bertudung tapi di rumah.. Hmmmm..maafkan aku..Itu semua silap aku..cuba utk menjadi yg terbaik utk kau tp aku sendiri tidak sedar aku terseksa..Dulu cinta pernah menyulami kita..Tapi silapnya engkau, tidak menerima diri aku seadanya..Aku cuba jd yg terbaik..Tapi biar lah DARI HATI AKU SENDIRI.. Bercerai kasih dengan kau hampir setahun yg dulu mengajar aku erti dunia yg sebenar..Dunia di luar jangkauan aku..Dunia yg penuh dgn kasih syg teman2..Dunia yg memberikan aku seribu pilihan untuk hidup..Terima Kasih..mungkin setakat ini sahaja jodoh kita..Namun, aku tetap rindukan kau..Dan kau tetap menjadi kenangan di dalam hidup aku..

JANUARI 2012
Cuti semester kali ni mengajar aku lebih mendekati ISLAM..dlm erti kata lain, solatku tidak lg ku tinggalkan..Yassin peneman hati sunyiku..dulu, dulu..bukan nya aku x pernah dekat dgn ISLAM..tp tak sedekat ni..Hati aku tenang dgn solat..Aman dgn ayat2 suci..Aku jatuh hati sepenuhnya dgn hijab..Mungkin Allah bukakan pintu hatiku yg selama ini hampir tertutup..

FEBRUARI 2012
I'll be going back this sunday..And it's my birthday..
"Ibu, kalau kakak bertudung tetap ok x? Maksud kakak, x bukak2 dah."
And she gave me a pleasant smile as an answer to my question. :)

Selamat Hari Jadi yg ke 21 ZETY..Semoga Allah mengurniakan aku seorang lelaki yg baik utk aku jdkan pembimbing di dunia dan di akhirat..Aku bukan lah manusia yg sempurna utk meminta yg sempurna drpd MU Ya Allah..AKu sedar akan dosa2 semalam, namun insyaAllah, ISLAM penyempurna hidupku..Berhijab pilihan ku sekarang..NIQAB? InsyaAllah..

Terima kasih ibu dan ayah di atas hadiah yg ckup bernilai..Dekat di hati kakak utk digunakan, dan dekat di jiwa kakak utk diingati..Namun, menjadi anak ayah dan ibu merupakan hadiah terbaik yg pernah kakak ada dlm dunia ni..

Syahir, Thanks for the present..To be with u made my day almost complete..Maaf andai I ada salah silap dgn U..U are the best friend I've ever had and maybe U won't realize this as U don't know the existence of this blog..Love u always and please bear with this friendship..:)

Fatin Rahim: Like hell aku syg kau..Wlpun mcm2 dh kita gado, kita bertekak but kau sentiasa penyeri hidup aku. Aku x leh bygkan hidup aku tanpa chat, bbm dr kau..InsyaAllah, aku pegang janji aku. Apa2 terjadi, Kita bersama. Moga persahabatn ni kekal. AMIN.

Kak Sha: Sy syg awak sgt2. Thanks utk kek tu. Lepas ni kita kena kecut perut selalu. Diet and no more mkn heavy2. :p I love u always..

Kak Awa, Shy Syella, CT, Daya, PAPA and Adah: Thanks sbb celebrate birthday aku..Aku syg korg semua..Tanpa korg aku x sehappy ni..

Yaya and Iqbal..Thanks sbb ada dgn aku time aku sedih and ngs..Aku tahu aku lemah dan x kuat..but aku tau korg ada..:)

MERIA2 UKM (Ruz,Alia, Zaza and Fatin Kassim): Thanks for being there with me. Semester ni we all gonna be together anywhere, anytime. LOVE U GUYS SO KEBUSH DEBUSH KEBAM! 

Kepada sapa2 yg aku x sebut, aku minta maaf. But ketahuilah, hidup aku x kan ceria tanpa korg. 

Life needs friends to make it fun and awesome. If u are alone, I won't call your life as LIFE but I'll call it as DIVE. Because U are totally dragging yourself to DIVE and drowning ALONE. 
Make friends and have a HAPPY LIFE.



LOTS OF LOVE,
Zety Zalaluddin

Sunday, 7 August 2011

NIKAH AWAL

Dah byk aku dengar kes ni. Bernikah dan menjadi seorang isteri/suami dlm usia yg muda bukan penghalang kita mengejar kerjaya dan pelajaran. Aku bukannya gatal or what, aku cuma nak menjalani sebuah perhubungan yg HALAL. Sekiranya aku bertemu jodoh dlm masa terdekat ini, mungkin aku menginginkan sebuah perhubungan yg serius. Jika si dia tidak mengimpikan perkahwinan, maka pertunangan sudah memadai bagi aku. Aku ingin keluar dengan lelaki yg BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS AKU. Bukan lelaki yg sekadar ingin mencuba nasibnya ke atasku. Aku ingin seorang lelaki bergelar SUAMI. Yang mampu memimpinku ke jalan yg benar, yg berada bersamaku di saat senang atau susah dan yg menemani tidurku di malam hari beralaskan lengan dan berbantalkan dadanya. Mungkin belum tiba seruku untuk melalui perkahwinan, tapi aku tahu. Di luar sana, ada seorang lelaki untuk aku. Seorang lelaki yg kehilangan rusuk kirinya tanpa sedar. Seorang lelaki yg akan diijabkabul dan mencium dahiku bila tiba masanya. Dan seorang lelaki yg aku kusalami dan kupeluk setiap hari tanpa batas dan waktu. Dia ADA. InsyaALLAH. 

Monday, 11 July 2011

bila DIA bukan milik aku

Belum pernah lagi ada yang lain..
Mampu menggugat tidur lenaku dengan CARA nya..

Belum pernah lagi ada yang lain..
Mampu membuat aku bermimpi dengan TAWA nya..
DIA lain..
Dari yang lain..
Kerana hanya DIA..
Yang mampu membuat aku tawa tika sedih..

Kerana hanya DIA..
Yang sanggup berjaga memujuk tangisku..
Namun..
Bila DIA bukan dia milik aku..
Semua hilang..
Semua lenyap..

Aku rindu layanan tanpa kiasnya..
Aku rindu pesanan tanpa hiasnya..
Kerana DIA hanya tahu..
Meluahkan tanpa  membungakan..
Memberi sayang tanpa  aku sedar..
Aku juga punya perasaan yang sama..
Demi DIA..
Aku bersabar..
Demi DIA..
Aku cuba bersabar..
Kerana SABR ITU INDAH..
Namun andai takdir aku bukan tulang rusukmu sayang..
Aku relakan dirimu..
Kerana aku tahu..
Sejauh mana aku mengejar..
Tak akan mampu kutahan takdir yang berlari..

SATU: AKU SAYANG KAMU
DUA: KAU BUAT AKU SENYUM
TIGA: U ARE MY AFFECTION

Sunday, 10 July 2011

All About D

dengan Dia,
aku kenal erti sahabat..
dengan Dia,
aku kenal erti berusaha..
dengan Dia,
aku punya teman..
dengan Dia,
aku punya dunia..
yang mampu aku coretkan sendiri..

Dia,
buat aku senyum..
Dia,
buat aku ketawa..
 Dia,
aku sayang..
Dia,
aku rindu..

tanpa Dia,
aku sunyi..
tanpa Dia,
aku mencari..
tanpa Dia,
aku sakit..
tanpa Dia,
aku gelisah..

If and only If,
U know my blog..
And U read this..

U will know..
And I bet..
U will know who you are Dia..

Because deep inside there's you in me..

Tuesday, 5 July 2011

His name is A

"Aku sayang kau! Nak jadi partner aku x?"

Macam tu je? Senang kan?
Tapi bagi aku sweet..
Aku pun bukan suka sgt org jiwang2 ni..

Sapa x sayang?
Sayang la but aku try..
Aku bukan perfct mana pun..

Mana aku kutip mamat ni?
Hahaha..1 sekolah..Dulu la..
Lost contact lama bhai, jumpa blk kt fb..

Actually..
Ceritanya panjang..
Kami sms sbb dia nak tolong aku n nasihatkan aku je..
X sangka lak lekat kan..
Jodoh..

Welcome to my life SAYANG..
And this is for u..
If and If u read it..


_____________________________________

Kini..
Kau dan aku..
Andai aku bukan pemilik tulang rusukmu..
Relakan aku..
Kerana sejauh mana kau mengejar..
Tak kan mampu kau tahan takdir yang berlari..

P/S: aku try sayang kau ok..tp aku mmg sayang kau la..sayang kau..:-)

Saturday, 2 July 2011

It's Me The Problem

I Just Knew It.
He didn't actually..
He just wanted to calm me down..

I owe u dear..
When u draw me those paintings..
The paintings of feeling..

But I misused it..
I threw it from U..
I took it for me..

(I got this from a friend of mine)
DEFG..
Don't U Ever Forget, Dear..

JKLM..
Please..
Just Keep Loving Me..

Only Me..
Because I..
Had started to try..
Just Keep Loving Me..
And I'll stand by your side..

And Please..
End it by saying it out loud.. 

Definitely..
SAY IT AND I WILL SAY YES..
Because I Knew..
I Just Knew It..

Sunday, 26 June 2011

MUNGKIN NANTI ~ (Part 6) ~

Kelas muzikku baru sahaja selesai. Setelah Dr. Johari meninggalkan bilik muzik, aku dan Wan bergegas ke studio untuk memulakan tugasan. Aku agak sibuk sepanjang 3 minggu ni. Aku akan terlibat dengan pementasan teater ICAF (Intercollege Art Festival) UKM 2011 dua minggu lagi. Sebagai pemegang watak utama, seluruh keringat kucurahkan untuk memenuhi kriteria yang ingin ditonjolkan. Aku bakal memegang watak seorang gadis yang berpewatakan pelik dan kelam-kabut. Dan waak itu sedikit sebanyak meberi kesan ke atas hidup aku. Aku sentiasa 'in character' setiap kali aku mengalami tekanan perasaan akibat kerja yang bertimbun. Tugasan-tugasan kuliah perlu disiapkan, tugasan kokurikulum muzik perlu digubah dan dicipta semula, ditambah pula dengan latihan teater yang kadang-kadang berakhir jam 4 pagi itu. Aku tidak punya waktu untuk keluar berpeleseran. Apatah lagi untuk memenuhi janjiku pada lelaki itu. Ya, sudah hampir seminggu kejadian itu berlaku dan aku masih belum punya kesempatan untuk menemuinya. Dan selama itulah otakku ligat berfikir mencari jalan supaya kami tidak berjumpa. Semalam aku keluar bersama Fatin dan Syafiq. Alamanda merupakan tempat pilihan kami memandangkan jaraknya dengan UKM tidak jauh. Panggung wayang menjadi sasaran di saat tekanan melanda. 2 movie marathon sudah cukup membuatkan aku gembira. Namun sesuatu mengganggu aku sejak semalam.


* _ * _ * _ *

"Far, aku nak g toilet jap.." Fatin melaungku dari jauh.
Aku tidak dapat menangkap ke mana perginya Syafiq. Lalu aku berlalu ke MPH. Niatku hanya satu. Mencari hadiah yang sesuai untuk hari jadi Yanie, Wan dan Syikin yang bakal tiba. Aku bergerak ke arah rak cenderamata. Dan di situ aku leka. Yanie seorang yang periang dan manja. Wan pula kawan yang sentiasa memberi sokongan walaupun kadang-kadang agak blurr. Syikin pula, roomate yang memahami. Walaupun berbeza umur setahun dariku namun kami masih boleh berkongsi kisah dan 'menganyam ketupat' bersama. aku tersenyum sendirian. Kehadiran mereka menceriakan hidup aku. Telatah mereka membuatkan aku bahagia. Aku meneliti hadiah satu persatu. Aku tertarik dengan sebuah buku nota yang memaparkan kata-kata semangat di kulit muka hadapannya.


"Untuk lelaki beli la yg hitam putih tu, yang perempuan try that purple." Ya tak ya, hatiku berkata. Sekejap!
"Excuse me? Whom am I talking to?" Mataku liar mencari kelibat tuan punya suara.
"Me. Hey! In front!" Aku terpana sekejap. Di hadapanku ada mata di antara buku yang tersusun di atas rak yang sama paras tinggiku. Aku benci orang yang mengganggu ketenangan aku.
"Suka hati saya lah nak pilih warna apa. Sebok je." Aku protes lalu bergerak sedikit ke arah rak bersebelahan. Namun, mata itu masih mengekori aku.
"Saya tolong pilih je. Mana la tau awak buta warna ke, tak pandai baca ke.."
"Amboi, sedap mulut awak punya lip balm cakap macam tu.. Awak ingat saya ni apa?"
"Eh, mana awak tahu saya pakai lip balm? Sekarang ni kan panas, so kering la..saya...."
"Gay! Pakai lip balm!"
"Amboi,sedap mulut awak punya lip balm cakap saya gay??" Mata itu mencerlang ke arahku.
"Eh apa ni? Ambik ayat orang!!"
"Sebab ayat orang la saya ambik, kalau ayat monyet saya tak faham. Awak faham??"
"Awak ni melampau. Jangan buat saya marah!!"
"Awak marah ek?"
"Marah la!Tak kan awak tak tahu..Come on la.." Aku bosan melayan kerenah mata itu. Aku bergerak lagi semakin menghampiri penghujung rak itu.
"Come on? Nak pergi mana?"
"Awak ni kan!!!!" Aku sampai ke penghujung dan melayangkan jari telunjukku. Namun tiada siapa di situ. Namun, jelas aku dapat mendengar suara orang ketawa dengan riang dan menyakitkan pendengaranku. Namun tawa itu jauh dari aku. Kemana mata itu menghilang? Aku gelisah. Lantas aku seram memikirkannya. Kucapai buku nota kecik yang ingin ku beli sebentar tadi dan berlalu untuk memilih pembalut hadiah yang sesuai. Selesai urusanku di dalam MPH, aku bergerak keluar.

*I lost it..The view of my idea..*